Dari Tokyo Station ke Masjid Asakusa
Dari Stesen Tokyo, anda digalakkan menaiki Toei Bus terus ke Masjid Asakusa (tambang: 200 yen).
1. Keluar mengikut Yaesu Minami Guchi (八重洲南口) dan berjalan terus ke terminal bas.
2. Cari perhentian bas bernombor 3 dan naik bas Higashi 42 Kou (東42甲) ke arah Minami Senju Station (南千住駅).
3. Turun di perhentian Imado (今戸).
4. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tanah, pusing kanan dan berjalan terus selama 2 minit dan anda akan nampak papan tanda berwarna kuning di sebelah kiri bertulis Daar Al-Arqam (ダール・アル・アルカム).
Dari Asakusa Station ke Masjid Asakusa
Dari Stesen Asakusa, anda digalakkan menaiki bas.
1. Cari bangunan Matsuya (松屋) atau keluar mengikut Exit 7 (7出口).
2. Bersebelahan dengan bangunan Matsuya akan ada stesen bas (Toei Bus). Tempat perhentian bas itu dinamakan: Asakusa Matsuya Mae (浅草松屋前).
3. Naik bas bertanda Higashi 42 Kou (東42甲) ke arah Minami Senju Eki (南千住駅) [Tambang 200 yen]
4. Turun di perhentian Imado (今戸).
5. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tanah, pusing kanan dan berjalan terus selama 2 minit dan anda akan nampak papan tanda berwarna kuning di sebelah kiri bertulis Daar Al-Arqam (ダール・アル・アルカム).
Bagi Yang Berjalan Kaki Dari Masjid Asakusa
Jalan dari Asakusa Station ke Masjid Asakusa agak kompleks jadi dinasihatkan menggunakan cara-cara di atas. Bagi yang ingin juga berjalan kaki, boleh menggunakan peta di bawah.
PETA 1
PETA 2
No comments:
Post a Comment